Saturday, February 26, 2011

Dimana Istimewanya Dirimu???

DUHAI MUSLIMAH,
perhatikan dunia ciptaan ilahi ini,
pandanglah dengan mata hatimu yang tidak ternoda dengaan kekotoran nafsu,
renungkan seluruh isi dunia ini,
bukankah di sana ramai saudaramu yang terlantar di hospital-hospital?
bukankan di sana ramai saudaramu yang ditimpa bencana besar?
bukankah di sana  ramai saudaramu yang diuji dengan penyakit hilang akal?
bukankah di sana ramai saudaramu yang mencari sesuap nasi dengan penuh ketabahan?
bukankah di sana ramai saudaramu  mendiami rumah buruk yang hampir roboh?
bukankah di sana ada beberapa wanita yang kehilangan seluruh anaknya dalam hanya satu kecelakaan?
bukankah disana ada beberapa wanita yang kehilangan pendengaran,penglihatan, tangan, kaki atau akalnya?
bukankah disana ada beberapa wanita yang menderita penyakit ganas seperti barah dan.....?

Sedangkan engkau selamat, sihat, tenang, merasa aman dan bahagia sahaja,
Oleh itu,panjatkan segunung pujian kepada pemilik jiwamu atas nikmat-nikmat-Nya,
Manfaatkan setiap detik waktumu untuk mendapat keredhoan-Nya,


Mungkin kau pernah diuji, 
Namun, pernahkah kau menganggap ujian itu sebagai kafarah untuk menghapuskan dosa-dosamu yang telah bergunung-gunung itu?
Hiasilah kamar hatimu dengan sifat qanaah dan sabar,
Meskipun akhlakmu tidak semulia Raihanah binti Zaid,
Namun, jangan pernah kau berputus asa untuk menjadi sepertinya,
Putus asa itu hanyalah sifat yang ada pada orang-oran kafir,
sekiranYa ditakdirkan engkau tersungkur dalam mengharungi ujian dari pemilik jiwamu,
berusahalah untuk bangun semula,
pintu taubat untukmu masih terbuka,
MUJAHADAH ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS!!!


Buatlah sesuka hatimu sekiranya sudah tiada lagi secebis rasa malu dalam jiwamu itu!!!

Thursday, February 10, 2011

jiwa kehambaan yang sejati

ingatlah 2 perkara....
bahagiakan dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu...
insyaAllah...kebahagian dan ketenanganakan sentiasa memayungi...
kerana bahagia sebenar adalah daripada 'jiwa kehambaan' yang sejati...

alhamdulillah...syukur kepada pemilik jiwa ini dan jiwa2 kita semua kerana akhirnya dapat juga ana bina blog ini dengan jasa baik sahabat2 ana yang baik hati..I&I(ila&iqa)...syukran jaziran....maklumlah ana memang tidak reti nak buat benda2 macam ni...syukran juga buat kak teha yang sudi bagi pinjam b.b dan syukran untuk sahabat ana telah lama bersama ana dalam meniti kehidupan di alam yang fana ini...( Munirah) kerana msg yang ukhti bagi telah menjadi ilham untuk ana buat nama blog ana yang berjiwa hamba ini, biiznillah...arigato semua...salam ukhwah fillah...salam jiwa kehambaan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...