Sunday, July 3, 2011

kerana akhiratku lebih bermakna!!!!!

Siapa yang beruntung mendapat pahala dari Allah seperti yang di harapkannya, tentu tidak akan gundah kerana berhadapan dengan hal-hal yang dikhawatirinya.

Umar Al-Khattab berpantun dengan sebait syair ini:
"Seakan-akan engkau tiada gundah meski sekali
jika engkau tahu apa yang sedang dicari"

Petikan diatas ana rujuk dari buku "Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan Sunnah" karya Ibnu Qayyim Al-Juziyyah.

     Alhamdullillah dapat juga ana update blog ini selepas sekian lama menyendiri. Semasa ana membaca buku ini(tidak habis baca lagi) ana terjumpa banyak mutiara ilmu yang boleh direnung dan difikirkan bersama. Oleh itu, ana mengambil keputusan untuk berkongsi bersama antum. insya ALLAH ada manfaatnya walaupun sedikit.

     Ana sekadar berkongsi rasa dengan antum untuk sama-sama kita bermuhasabah dengan merenung pantun Umar Al-Khattab di atas. Kadang-kadang ana terfikir kenapa hidup kita sering berasa gundah, sedih, kelam kabut?kanapa ya??? masalah yang kecil dilihat dari sudut yang BESAR...kenapa ya?? Jom kita fikir sama-sama...mungkin sedetik masa yang kita ambil untuk berfikir boleh memberi perubahan yang BESAR dalam hidup kita...

     Apa matlamat hidup kita ya? ehh, hidup kena ada matlamat ke? emm...matlamat saya nak dapat 10 A dalam SPM(orang pertama)......matlamat saya nak kahwin dengan muslimah yang cantik dan bersopan santun(orang kedua)......matlamat saya nak beli rumah yang besar dan selesa untuk mak dan ayah apabila saya sudah bekerja nanti(orang ketiga)..... matlamat saya nak jadi orang kaya besar(orang keempat)...saya pula nak bertani secara besar-besaran(orang kelima)....saya nak...... . macam-macam matlamat dan dicita-cita yang ingin kita kecapi di dunia ini, tetapi bila sudah mendapatnya pasti kita akan cipta matlamat dan cita-cita yang baru. Ini  kerana, kita sentiasa berasa tidak cukup dengan kurniaan Allah. Mungkin kita pernah munuturkan "ALMADULILLAH" tetapi berapa kali ya?

     Kenapa saya masih berasa gundah walaupun saya hidup dalam kesenangan??? ramai orang yang hidup di dunia ini tetapi tidak tahu matlamat sebenar dia didatangkan ke dunia....kita tidak malu menikmati nikmat-nikmat dan kurniaan Allah tanpa mengira masa dan tempat tapi kita berkira-kira untuk menunaikan ibadah kepada Allah....ehh, lama pula imam ni solat, sekejap lagi I ada meeting....solat lima minit kita berkira, tetapi mampukah kita hitung pemberian Allah kepada kita???Hari ini kita boleh berbicara,kita gunakan lidah yang Allah ber kepada kita  untuk mengumpat....hari ini kita boleh berjalan, kita gunakan kaki pemberian Allah ini untuk pergi ke tempat maksiat....hari ni kita bisa melihat, kita gunakan mata pemberian Allah itu untuk melihat perkara sia-sia.....DIMANA TUJUAN KITA UNTUK MENJADI KHALIFAH?? UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA PENCIPTA KITA??UNTUK MENCARI REDHO ALLAH???

Tiga persoalan ini mungkin kita boleh tanya diri kita kembali:
1- dari mana kita datang???
2- mengapa kita didatangkan???
3- kemana kesudahan kita???

     Kita bimbang dan gundah apabila sahabat atau orang tidak suka atau marah kepada kita,
adakah kita pernah berasa bimbang dan gundah kepada kemurkaan Allah terhadap kemungkaran yang sedang atau telah kita lakukan???Hidup kita adalah pilihan kita, syurga atau neraka adalah berpandukan cara hidup kita dan ia sudah pasti pilihan kita sendiri. duniakah?@akhiratkah?yang paling kita sayangi???tepuk dada tanya iman....sejauh mana kita merancang untuk menuju destinasi akhirat???ataupun selama ini kita hanya sibuk dan gundah untuk mencapai matlamat hidup di dunia semata-mata???

Berdasarkan buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" karya Fathi Yakan dalam bahagian kedua (2.2). Manusia terbahagi kepada tiga golongan dalam kehidupan dunia ini. Kita tergolong dalam golongan yang mana sekarang?
        1- Golongan yang hidup untuk dunia
        2- Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
        3- Golongan yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat

     Golongan pertama adalah golongan yang berfahaman kebendaan. Manakala, golongan kedua kebanyakannya terdiri daripada manusia yang akidah mereka sentiasa bergelora dan sesat dalam menjalani hidup dunia, sedangkan mereka menyangka mereka masih melakukan sesuatu yang baik. Pada hakikatnya golongan ini termasuk ke dalam golongan yang berfahaman kebendaan sekalipun pada lahirnya mereka melakukan ibadat-ibadat rohani. Golongan yang ketiga pula, adalah orang-orang mukmin yang sebenarnya. Mereka juga mengetahui harga dunia dengan akhirat.

     Akhir kalam "kejarlah akhirat untuk duniamu, kamu akan bahagia".sekian, sebarang pandangan untuk renungan bersama boleh dinyatakan dalam ruangan yang disediakan.wassalam.ilalliqo'..

4 comments:

  1. bila dunia dilihat lbh besar dr akhrt,hmm..

    bukan pujian manusia yg didamba
    bukan celaan manusia yg dibenci..

    nice entry!
    teruskan bertinta sahabat!(^_~)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...
    Cik Addin akhirnya...
    Berjaya post satu lg n3...
    Alhamdulillah...
    Hee~~~


    Moga kita dapat jadikan amalan yang kita lakukan pada zahirnya kelihatan seperti dunia, tetapi pada hakikat sebenarnya adalah akhirat...


    "Moga Allah cinta"

    ReplyDelete
  3. Tak salah kalau nak bermatlamatkan kesenangan dunia sebagai matlamat kecil.
    Tapi biarlah matlamat itu disandarkan kepada matlamat yang lebih besar iaitu ubudiyyah dan redha ALLAH.
    Moga kita semua mendapat redha ALLAH sebagai tiket untuk masuk ke dalam jannah nnt inshaallah. Ameen.

    Selamat menempuhi Ramadhan Kareem!

    ReplyDelete
  4. moga berjaya cipta syurga dunia sebelum meraih syurga di akhirat :)

    sayang raihan kerana Allah !
    entri ni mengajak kita kenal siapa kita dan apakah benar tulus cinta kita utk-Nya T-T.

    moga terus istiqamah dalam perjuangan ^-~v.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...