Selepas peristiwa Addin dan Imah
menyelamatkan Maria dari menjadi mangsa perbuatan tidak baik kekasihnya Syakir.
Maria insaf. Dia tekad tidak akan percaya lagi pada lelaki yang ingin
menjadikan dirinya sebagai kekasih. Dia mahu mengecapi kebahagian bercinta
selepas kahwin. Namun begitu, buat masa ini Maria tekad untuk menumpukan pada
pelajaran terlebih dahulu. Kini, Maria sering bersama dengan Imah dan Addin.
Di café…….
Kad mutiara kata itu, milik siapakah ia? Addin
bermonolog ketika sedang menjamu sarapan pagi di café.
“Assalamualaikum….”
“Wa’alaikumusslam” jawab Imah, Maria dan
Addin serentak.
“Maaf menggangu. Saya Amran, boleh saya
tahu buku “Bawa Hatimu Kepada Tuhan” itu milik siapa?”
“Ohw, buku itu Addin yang punya, pintas Maria apabila Amran
seperti menujukan soalan itu padanya, mungkin
kerana buku itu diletakkan bersebelahannya.
“Emm, boleh saya tahu yang mana satu Cik Addin”?, Tanya
Amran ingin tahu.
Imah terus memperkenalkan addin duduk disebelahnya. “ini
Addin”.
“Maaf Cik Addin, sebenarnya saya pernah terjumpa buku seperti
ini di café ini. Saya
membelek-belek buku tersebut lantaran itu saya tertinggal sekeping kad
dalam buku itu. Maaf saya tidak pasti adakah buku ini sama dengan buku yang
saya jumpa tempoh hari” Terang Amran panjang lebar.
“Oh ya, memang saya pernah tertinggal buku itu di café ini.
Sekejap ya. Addin terus mencapai kad yang masih disimpan dalam buku itu. Saya
memang ingin memulangkan kad ini tetapi tak tahu siapa pemiliknya.
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya,” tutur Addin sambil meletakkan kad
itu diatas meja betul-betul dihadapan Amran.
“Alhamdulillah, terima kasih. Cik addin, saya nak minta maaf
sebab baca buku cik tanpa kebenaran” kata Amran. Jelas terpancar diwajahnya
rasa bersalah.
“Tak mengapalah, tiada masalah. Saya nak ucap terima kasih
sebab kata-kata dalam kad itu telah menjadi inspirasi hidup saya. Maaf guna tak
minta izin terlebih dahulu” Addin meneruskan bicara.
"Alhamdulillah. Ilmu tidak boleh disimpan-simpan. Ia perlu
dikembangkan untuk manfaat bersama. Untuk pengetahuan cik bertiga, itu
merupakan salah satu kata-kata ustaz Azhar Idrus.
“Oh ustaz yang popular kat you tube tu ea”? Tanya Maria
teruja.
“Sekarang ni ustaz tu bukan popular kat you tube je tau. Hari
tu masa aku pergi pesta buku pun aku ada nampak dia. Ramai orang suka dengar
ceramah dia. Dah popular macam artis aku tengok. Betul tak Amran"?tanya Imah meminta persetujuan.
Amran menganggukan kepala tanda setuju. “ustaz itu
menggunakan method yang berbeza dan unik untuk menarik golongan muda mendengar
dan menghadiri ceramah agama” tambah Amran lagi.
“Oh, maaf. saya perlu pergi sekarang. Ada hal yang pelu
diselesaikan. terima kasih untuk semuanya” kata Amran dan terus berlalu.
Walaupun kad itu telah kembali kepada pemiliknya, mutira kata
itu tetap tersemat kemas dalam hati Addin Safiya Binti Khairul Fahmi.