Wednesday, June 13, 2012

ADDIN SAFIYA..............3

 



Selepas peristiwa Addin dan Imah menyelamatkan Maria dari menjadi mangsa perbuatan tidak baik kekasihnya Syakir. Maria insaf. Dia tekad tidak akan percaya lagi pada lelaki yang ingin menjadikan dirinya sebagai kekasih. Dia mahu mengecapi kebahagian bercinta selepas kahwin. Namun begitu, buat masa ini Maria tekad untuk menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu. Kini, Maria sering bersama dengan Imah dan Addin.

Di café…….

Kad mutiara kata itu, milik siapakah ia? Addin bermonolog ketika sedang menjamu sarapan pagi di café. 

“Assalamualaikum….”

“Wa’alaikumusslam” jawab Imah, Maria dan Addin serentak.

“Maaf menggangu. Saya Amran, boleh saya tahu buku “Bawa Hatimu Kepada Tuhan” itu milik siapa?”

“Ohw, buku itu Addin yang punya, pintas Maria apabila Amran seperti menujukan soalan itu  padanya, mungkin kerana buku itu diletakkan bersebelahannya. 

“Emm, boleh saya tahu yang mana satu Cik Addin”?, Tanya Amran ingin tahu. 

Imah terus memperkenalkan addin duduk disebelahnya. “ini Addin”.

“Maaf Cik Addin, sebenarnya saya pernah terjumpa buku seperti ini di café ini. Saya  membelek-belek buku tersebut lantaran itu saya tertinggal sekeping kad dalam buku itu. Maaf saya tidak pasti adakah buku ini sama dengan buku yang saya jumpa tempoh hari” Terang Amran panjang lebar.

“Oh ya, memang saya pernah tertinggal buku itu di café ini. Sekejap ya. Addin terus mencapai kad yang masih disimpan dalam buku itu. Saya memang ingin memulangkan kad ini tetapi tak tahu siapa pemiliknya. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan saya,” tutur Addin sambil meletakkan kad itu diatas meja betul-betul dihadapan Amran. 

“Alhamdulillah, terima kasih. Cik addin, saya nak minta maaf sebab baca buku cik tanpa kebenaran” kata Amran. Jelas terpancar diwajahnya rasa bersalah.

“Tak mengapalah, tiada masalah. Saya nak ucap terima kasih sebab kata-kata dalam kad itu telah menjadi inspirasi hidup saya. Maaf guna tak minta izin terlebih dahulu” Addin meneruskan bicara.

"Alhamdulillah. Ilmu tidak boleh disimpan-simpan. Ia perlu dikembangkan untuk manfaat bersama. Untuk pengetahuan cik bertiga, itu merupakan salah satu kata-kata ustaz Azhar Idrus. 

“Oh ustaz yang popular kat you tube tu ea”? Tanya Maria teruja.

“Sekarang ni ustaz tu bukan popular kat you tube je tau. Hari tu masa aku pergi pesta buku pun aku ada nampak dia. Ramai orang suka dengar ceramah dia. Dah popular macam artis aku tengok. Betul tak Amran"?tanya  Imah meminta persetujuan.

Amran menganggukan kepala tanda setuju. “ustaz itu menggunakan method yang berbeza dan unik untuk menarik golongan muda mendengar dan menghadiri ceramah agama” tambah Amran lagi.

“Oh, maaf. saya perlu pergi sekarang. Ada hal yang pelu diselesaikan. terima kasih untuk semuanya” kata Amran dan terus berlalu.

Walaupun kad itu telah kembali kepada pemiliknya, mutira kata itu tetap tersemat kemas dalam hati Addin Safiya  Binti Khairul Fahmi.

                                                  Alhamdulillah.....Tamat Sudah.....


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...