“Addin, apa tu”? soal Imah.
“ Kad mutiara kata” jawab Addin ringkas. Kepalanya masih ligat memikirkan
bagaimana kad itu ada di dalam buku “Bawa Hatimu Kepada Tuhan” miliknya itu.
MUTIARA
KATA
Jika kamu mencari keredhoan semua
manusia, kamu akan menjadi tua dalam pencarianmu itu
Bertuahnya kau Addin, ada secret admire….” kata Imah
mengusik sahabatnya itu.
“hish, mengarut je
kau ni Imah, entah-entah ada orang tersalah letak dalam buku aku. Sebab semalam
aku tertinggal buku ini kat cafe.Pasti pemiliknya sedang mencarinya, aku mesti pulangkan segera” kata
Addin, raut wajahnya menggambarkan kerisauan di hatinya.
“Kalau betul pun sangka baik kau tu, macam mana kau nak bagi
balik pada tuannya? Dah lah tidak sebarang identiti pada kad tu.” Ngomel Imah
lagi.
“Eh, tengok tu. Tu Maria kan . kekasih baru pulak ke yang tengah
jalan dengan dia tu”? Tanya Imah sejurus memandang ke arah tempat letak kereta
yang berhampiran.
“yalah maria tu” Addin menjawab spontan.
Addin terus memalingkan wajahnya kearah pondok telefon
berdekatan.
“Si Maria tu keras hati betullah. Dah berbuih mulut kita
nasihatkan dia. Depan angguk, belakang…..kalau mak dia dapat tahu mesti mak dia
sedih kan. Addin kau dengar tak apa aku cakap ni? Addinnnn…panggil Imah
sambil menolak bahu Addin.
“Eh, aku ada kuliah lagi lima minit! aku pergi dulu ye,
assalamualaikum…” Addin terus berlari-lari anak meninggalkan Imah yang
kebingungan.
“waalaikumussalam, ada ke patut die wat tak dengar je aku cakap”
gumam Imah sendirian sambil menjuihkan bibirnya tanda geram.
“Ya Allah, Tuhan yang maha berkuasa, milik engkau segala apa
yang di bumi dan dilangit. Hambamu yang hina
ini menadah tangan memohon hidayah dan kempunanMu. Tiada apa yang lebih indah bagiku
melainkan pergi menghadapmu dalam keadaan engkau redho kepada diriku, dan aku
redho dengan segala ketentetuanMu. Wahai Tuhan yang maha pengasih, kasihanilah
diriku ini, tugas sebagai khalifah ini kurasakan berat untuk kupikul. Ya Allah
yang maha Kuat, kuatkanlah imanku, janganlah
kau timpakan aku dengan ujian tidak tertanggung oleh diriku. Ya Hafiz, peliharalah diriku, ahli-ahli
keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku dari melakukan maksiat kepadaMu. Pimpinlah
kami kejalan yang lurus. Ya ALLAH, kau bukakanlah hati sahabatku Maria, untuk
menggapai nikmat mencintaiMU.Ya Allah, engkau maha mengetahui isi hatiku,
sesungguhnya aku sangat sedih melihat sahabatku itu yang sedang asyik mencari cinta
dengan cara yang melalaikan dirinya sendiri.
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار."
Addin melipat sejadah dan meletakkan di birai katil seusai
solat witir dan doa sebentar tadi. Addin ingin menghabiskan bacaan buku “Bawa
Hatimu Kepada Tuhan” sementara menunggu waktu solat subuh.sejurus membuka buku
tersebut dia sekali lagi terpandang kad yang tidak diketahui milik siapa itu.
Kata-kata dalam kad itu dibacanya berulang-ulang kali. Kata itu membuatkan dia
memuhasabah hidupnya kembali.
Selama ini, banyak benda yang aku lakukan untuk mendapat redho manusia semata-mata. Patutlah aku rasa tidak bahagia. rupa-rupanya aku lari dari fitrah. rupa-rupanya aku aku mencari sesuatu yang hanya membazirkan masaku.
Tiba-tiba dia teringatkan Maria. Hatinya terus
gelisah. “ ya Allah, bantulah hambaMu ini, aku tidak mahu terus mengelak
apabila melihat dia berdua-duaan dengan bukan muhrimnya. Namun aku takut
dikatakan suka menjaga tepi kain orang lain, aku bimbang dia lagi menjauh dari
diriku hanya kerana aku melarang dia terus berbuat demikian. YaAllah bantulah
hambamu yang kerdil ini. Ya aku, kuatkan diriku untuk melaksakan amar makruf
dan nahi mungkar di bumi milikmu ini.”. Air mata Addin terus mengalir deras.
"Aku mesti buat sesuatu," kata Addin sambil mengesat air matanya
dengan sehelai tisu. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka sendiri mengubahnya. Rasulullah s.a.w dan para sahabat turut mengatur
starategi untuk berdakwah mahupun berperang. Wajar untuk aku mencontohi sunnah
rasulullah s.a.w. Putus asa hanyalah sifat orang-orang kafir. Addin terus
memanjatkan doa agar Allah memberikan petunjuk dan bantuan kepadanya.
Rasulullah saw. bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ
عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلاَ
يُسْتَجَابُ لَكُمْ»
يُسْتَجَابُ لَكُمْ»
Demi jiwaku yang ada dalam genggamannya, kalian
memerintahkah kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menimpakan
azab atas kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya, lalu doa kalian tidak akan
dikabulkan. (HR at-Tirmidzi).
Tangannya laju menekan butang on pada laptop dan mula
melayari internet untuk membuat rujukan tentang uslub dakwah. Addin mahu setiap
apa yang dilakukannya bukanlah berdasarkan emosinya semata-mata, Addin mahu
perbuatannya disandarkan pada ilmu seterusnya mendapat redho ALLAH.
Addin mentadabbur dalil- dalil yang dijumpainya semasa
melayari internet. Antara dalil yang dijumpai semasa membaca artikel tentang
uslub dakwah adalah:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan siapakah lagi yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT”
(Surah al – Fussilat: 33)
“Dan siapakah lagi yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT”
(Surah al – Fussilat: 33)
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari
yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kejayaan”.
(Surah Ali ‘Imran: 104)
(Surah Ali ‘Imran: 104)
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai
Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan
berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat
dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang
mendapat hidayah petunjuk”
( Surah al – Nahl: 125)
( Surah al – Nahl: 125)
Allahuakbar, allahuakbar…azan subuh
berkumandang. Addin terus mencapai sejadah dan menghaparkannya di lantai. Solat
sunnat qobliah ditunaikan. Seusai solat sunat qobliah, Addin duduk bertempuh di
sejadah sambil berzikir.
“Asslamualaikum Addin” Imah menuturkan
salam sambil menjengukkan kepala ke dalam bilik Addin.
“waa’alaikumussalam” jawab Addin, bibirnya
menguntumkan senyuman.
“ Addin, kau jadi imam ea” Imah memohon
seperti biasa.
Addin tersenyum lagi dan mengangukkan
kepala, memang setiap kali solat dia bersama kawan serumahnya itu dia akan
mengalah untuk menjadi imam. Bukan tidak pernah meminta Imah atau Maria untuk
menjadi Imam tetapi setiap kali Addin membuat permintaan mereka akan memberikan
alasan yang pelbagai. Jadi addin mengambil pendekatan untuk cuba memahami situasi
sahabat-sahabatnya itu. Mereka belum bersedia. Addin memang tidak suka solat fardhu berseorangan.
" Maria mana"? Soal Addin ingin tahu.
"Lambat sikit, dia suruh kita solat dulu.
Nanti kalau sempat dia masbuk," Jawab Imah.
Addin mengangguk faham.
Seusai berdoa mereka bertiga bersalaman. Ketika bersalam
dengan Maria, Addin memeluknya lebih lama dari biasa seperti tidak mahu dilepaskan Maria dari pelukkannya saat itu. Maria dapat merasai aliran
kasih-sayang yang membuak-buak Addin pada dirinya semasa mereka berpelukan
subuh itu. Sangat erat, dia sudah lama tidak merasakan pelukan seperti itu. keluarganya orang susah, ibunya membanting tulang pagi dan petang untuk menyara dia dan adik-adiknya. ayah Maria meninggal ketika Maria berusia 10 tahun. Detik persalaman subuh kali ini menimbulkan tanda tanya pada diri Maria. Namun lamunannya hilang apabila mendengar terlefon bimbitnya berdering.
Pasti Syakir, bisik hatinya dan terus mencapai telefon bimbit di tepi bantal.
Sambil menekapkan Al-quran ke dadanya, Addin bertekad apa pun yang dilakukan untuk
sahabatnya Maria, redho Allah perlu diutamakan bukan redho manusia. "Aku yakin
Allah pasti membantu hambanya yang berusaha membatu agamaNya, apapun tindakan
yang aku ambil perlulah berhikmah," bisik
Addin sambil memeluk erat al-quran yang sering didampinginya itu.
Bersambung.......
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment